
TANAH JAMBU, Wednesday, 9 September 2026 – Participants of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff Course 16/2026 completed a three-day Media Management Workshop, held from 7 to 9 September 2026 at the Defence Academy, RBAF. The workshop was facilitated by Dr Hannah Ho and Dr James McLellan from Universiti Brunei Darussalam.
The workshop covered the contemporary media environment, media ethics, interview strategies, approaches to challenging questions and the effective use of voice and body language in media engagements.
Participants applied these lessons through individual interviews and panel press conferences based on crisis scenarios, supported by experienced journalists. The practical sessions challenged participants to communicate clearly, remain composed under pressure and respond effectively to difficult questioning.
The workshop concluded with interview debriefs, feedback from facilitators and journalists and a Question-and-Answer session. The programme strengthened participants’ understanding of media engagement and reinforced effective communication as an important competency for future commanders and staff officers.




BENGKEL PENGURUSAN MEDIA BAGI KURSUS MAKTAB TURUS 16/2026
TANAH JAMBU, Rabu, 09 September 2026 – Para peserta Kursus Maktab Turus Sesi ke-16 telah menamatkan Bengkel Pengurusan Media selama tiga hari, bermula 07 hingga 09 September 2026, yang berlangsung di Akademi Pertahanan. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Dr Hannah Ho dan Dr James McLellan dari Universiti Brunei Darussalam.
Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan kepada landskap media masa semasa serta etika dan strategi dalam berinteraksi dengan pihak media, khususnya ketika menghadapi sesi temu bual. Para peserta turut dibimbing mengenai teknik menangani soalan-soalan mencabar, di samping penggunaan nada suara dan bahasa badan yang berkesan bagi menyampaikan mesej dengan yakin, jelas dan profesional.
Bagi mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, para peserta berpeluang menjalani latihan temu bual secara individu dan persidangan media bersama wartawan berpengalaman berdasarkan senario yang telah ditetapkan. Latihan tersebut bertujuan menguji keupayaan peserta dalam menyampaikan mesej utama dengan jelas, mengekalkan profesionalisme, mengurus tekanan serta memberikan respons yang tepat dan berkesan terhadap soalan-soalan mencabar.
Bengkel diakhiri dengan sesi debrief, maklum balas daripada para fasilitator dan wartawan serta sesi soal jawab. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengurusan media serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan komunikasi strategik dan berkesan sebagai antara kompetensi penting bagi bakal pemimpin.