Bandar Seri Begawan, Thursday, 6 August 2026 – The 16th RBAF Command and Staff Course (CSC), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), successfully conducted its Term 2 Social Activities, bringing together the Head of Command and Staff College, Directing Staff, local and international course participants, as well as their family members in a series of educational and cultural engagements in Temburong District and along the Brunei River.

The first activity took place on Sunday, 2 August 2026, with a visit to Temburong District. The programme commenced at the 1962 Tugu Peringatan, where participants were introduced to the history of the 1962 Brunei Revolt and its significance in shaping Brunei Darussalam’s security, governance, and national development.

The cohort then explored Bangar Town, gaining insight into the district’s development while appreciating its unique urban landscape and riverside environment. The visit continued to Peliunan Park, where participants experienced Brunei’s rich cultural heritage through a variety of traditional games and hands-on activities. Officers enjoyed learning and playing gasing (traditional spinning top) and congkak, while spouses participated in demonstrations on weaving rumbia leaves and the traditional wrapping of wajid, one of Brunei’s well-known delicacies. The activities provided an enjoyable opportunity for participants and their families to experience Bruneian traditions firsthand.

The second social activity was held on Wednesday, 5 August 2026, with a two-hour Brunei River Cruise in Bandar Seri Begawan. During the cruise, participants received historical and developmental briefings on several iconic landmarks along the Brunei River, including the Brunei Museum, Brunei Technology Museum, Arts and Handicraft Centre, Sungai Kebun Bridge, Kampung Ayer, Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Mosque, Istana Nurul Iman and Jong Batu. The cruise provided international officers and their families with a deeper appreciation of Brunei Darussalam’s history, heritage, and ongoing development.

The Term 2 Social Activities were organised to strengthen camaraderie among members of CSC 16/2026, foster friendships among officers and their families, and provide international participants with meaningful exposure to Brunei Darussalam’s history, culture, traditions, and national development. Through these shared experiences, the programme further reinforced mutual understanding, cultural appreciation, and the enduring bonds that underpin professional military education and international defence cooperation.

KURSUS MAKTAB TURUS 16/2026 MENGERATKAN SILATURRAHIM MELALUI AKTIVITI SOSIAL PENGGAL 2

Bandar Seri Begawan, Khamis, 6 Ogos 2026 – Kursus Maktab Turus ABDB Sesi 16/2026, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), telah berjaya menganjurkan Aktiviti Sosial Penggal 2 yang menghimpunkan Ketua Maktab Turus, Juruarah-juruarah, peserta kursus tempatan dan antarabangsa, serta ahli keluarga mereka dalam siri program berbentuk pendidikan, kebudayaan dan penghayatan sejarah di Daerah Temburong dan Sungai Brunei.

Aktiviti pertama telah diadakan pada hari Ahad, 2 Ogos 2026, menerusi lawatan ke Daerah Temburong. Program dimulakan dengan kunjungan ke Tugu Peringatan 1962, di mana para peserta kursus diberi penerangan mengenai sejarah Pemberontakan Brunei 1962 serta kepentingannya dalam membentuk landskap keselamatan, pemerintahan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam.

Rombongan kemudiannya meneruskan lawatan ke Pekan Bangar bagi menyaksikan pembangunan daerah tersebut serta menikmati keunikan landskap bandar dan persekitaran sungainya. Aktiviti diteruskan di Taman Peliunan, di mana peserta kursus berpeluang mempelajari warisan budaya Brunei melalui pelbagai permainan tradisional dan aktiviti kebudayaan. Peserta kursus mencuba permainan gasing dan congkak, manakala para pasangan turut berpeluang mempelajari teknik  menganyam daun rumbia serta membungkus wajid, salah satu kuih tradisional yang terkenal di Negara Brunei Darussalam. Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan budaya tempatan, malah memberi pengalaman bermakna kepada para peserta kursus dan ahli keluarga mereka.

Aktiviti sosial kedua telah berlangsung pada hari Rabu, 5 Ogos 2026, menerusi Pelayaran Sungai Brunei selama dua jam di Bandar Seri Begawan. Sepanjang pelayaran tersebut, peserta kursus, khususnya pegawai antarabangsa dan ahli keluarga mereka, diberikan penerangan mengenai sejarah serta pembangunan beberapa mercu tanda utama di sepanjang Sungai Brunei. Antaranya ialah Muzium Brunei, Muzium Teknologi Brunei, Pusat Kesenian dan Kraftangan, Jambatan Sungai Kebun, Kampong Ayer, Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Istana Nurul Iman serta Jong Batu. Pelayaran ini memberikan peluang kepada peserta kursus untuk memahami dengan lebih mendalam sejarah, warisan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam.

Penganjuran Aktiviti Sosial Penggal 2 ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat perpaduan, mengeratkan hubungan silaturahim diantara peserta kursus dengan ahli keluarga, serta memberi pendedahan kepada pegawai antarabangsa mengenai sejarah, budaya, tradisi dan pembangunan Negara Brunei Darussalam. Melalui pengalaman yang dikongsi bersama, program ini turut memupuk persefahaman, penghargaan terhadap kepelbagaian budaya serta mengukuhkan hubungan persahabatan yang menjadi asas kepada pendidikan ketenteraan profesional dan kerjasama pertahanan antarabangsa.