TANAH JAMBU, Friday, 31 July 2026 Participants of the Command and Staff Course 16/2026 successfully completed the Military Capability module, held from 13 to 31 July 2026, at the Command and Staff College, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces. The module was delivered in collaboration with key defence institutions and strategic academic partners, including Cranfield University and King’s College London.

The programmed featured learning engagements with Professor John Theodorus Economou and Dr Lounis Chermak from Cranfield University; and Dr Bence Nemeth, from the Defence Studies Department of King’s College London.

The module examined how military capabilities are developed, employed and sustained by linking theory with strategic policy, defence planning, force readiness and practical capability decisions. Through expert lectures, Brunei-focused case studies, syndicate exercises and discussions, participants explored emerging issues such as artificial intelligence, uncrewed  systems,  space  power,  technological  sovereignty  and  supply-chain  resilience, while  considering  the continued importance of human judgement. Participants also assessed capability gaps, technological maturity and organisational requirements before presenting and defending their recommendations through individual verbal policy briefs.

The module strengthened participants’ analytical understanding of military capability and supported their preparation for future appointments. It also reaffirmed the Defence Academy’s commitment to developing professional, adaptive and forward-looking military leaders capable of responding effectively to an increasingly complex security environment.

KMT 16/2026 MEMPERKUKUH PEMBANGUNAN KEUPAYAAN KETENTERAAN MENERUSI MODUL KENDALIAN PAKAR

TANAH JAMBU, Jumaat, 31 Julai 2026 Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah berjaya menamatkan Modul Keupayaan Ketenteraan bagi para peserta Kursus Maktab Turus Pengambilan Ke-16/2026. Modul yang dilaksanakan dari 13 hingga 31 Julai 2026 tersebut dikendalikan dengan kerjasama institusi-institusi pertahanan utama serta rakan akademik strategik, termasuk Cranfield University dan King’s College London.

Modul tersebut menampilkan sesi pembelajaran bersama Profesor John Theodorus Economou dan Dr Lounis Chermak dari Cranfield University, serta Dr Bence Nemeth dari Defence Studies Department, King’s College London.

Modul  ini  dirangka  untuk  mempertingkatkan  kefahaman  peserta  mengenai  perkembangan,  penggunaan  dan pengekalan keupayaan ketenteraan dalam pelbagai konteks operasi dengan menghubungkan konsep teori kepada dasar strategik, perancangan pertahanan, kesiapsiagaan angkatan dan keputusan pembangunan keupayaan. Melalui kuliah pakar, kajian kes yang berteraskan konteks Negara Brunei Darussalam, latihan sindiket dan perbincangan, para peserta  meneroka isu-isu baharu seperti kecerdasan  buatan,  sistem tanpa kru,  kuasa  angkasa lepas, kedaulatan teknologi dan daya tahan rantaian bekalan, sambil mengambil kira kepentingan berterusan pertimbangan

manusia. Para peserta turut menilai jurang keupayaan, tahap kematangan teknologi dan keperluan organisasi sebelum membentangkan serta mempertahankan cadangan masing-masing melalui taklimat dasar secara lisan dan individu.

Modul ini telah membekalkan para peserta dengan pengetahuan dan perspektif analitikal yang bernilai bagi menyokong perkembangan profesional mereka sepanjang kursus serta sebagai persediaan untuk memegang jawatan pada masa hadapan. Ia juga mencerminkan komitmen Akademi Pertahanan ABDB dalam melahirkan pemimpin tentera yang profesional, adaptif dan berpandangan jauh dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.